CORETAN ALLAHYARHAM DATO SALLEH MAJID
Sistem gadai simpan lebih menguntungkan, Allahyarham Datuk Salleh Majid :)
Kami ingin berkongsi paparan di akhbar berita harian minggu lalu
berkenaan coretan Allahyarham Datuk Salleh Majid iaitu bekas presiden Bursa Saham
Kuala Lumpur (BSKL) yang menjelaskan berkenaan konsep pelaburan emas di
Ar-Rahnu secara gadai simpan (Ar-Rahnu) , beliau lebih pakar dan
berpengalaman didalam sebarang bentuk pelaburan samada ekuiti, bond,
forex di Malaysia kerana tugas beliau sebagai Presiden Bursa Saham, dan
beliau memilih pelaburan emas secara Ar-Rahnu sebagai konsep pelaburan
emas terbaik masa ini. ikuti tulisan beliau dibawah.
Emas…
Kilauan merentasi zaman kini menjadi sandaran orang Melayu untuk menjadi
Khalifah mentadbir bumi. Sandaran emas yang selama ini sekan-akan
“Bayangan Emas” kini menjadi satu pola perubahan kepada masyarakat
melayu mempeloporinya untuk merubah kehidupan yang selama ini agak
kurang harmoni.
Jika sistem kewangan keluarga disandarkan kepada
emas maka ia menjadi simpanan yang menguntungkan dalam jangka panjang
dan disinilah Ar-Rahnu memainkan peranannya.
Kelahiran Ar-Rahnu yang
semakin bertambah oleh perbankan Islam dan koperasi seharusnya
dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana simpanan yang menguntungkan untuk
jangka panjang.
Sistem Gadai Simpan adalah lebih menguntungkan
kepada masyarakt kerana ia secara lansung menjadi aset keluarga dan
negara. Langkah permulaan ini adalah satu langkah ke arah menuju satu
wawasan yang semua orang inginkan iaitu keharmonian.
Cara belian
emas yang menguntungkan ialah menggunakan kemudahan Ar-Rahnu dan bagi
mengelakkan penipuan, ketulenan emas disahkan oleh pihak ketiga iaitu
Ar-Rahnu dan emas disimpan diatas nama pembeli dengan keselamatan emas
yang terjamin.
Peluang pelaburan dalam bentuk simpanan emas yang
kenaikan purata harga emas sebanyak 27% setahun dan menggandakan nilai
harta tidak seharusnya dilepaskan dan usaha yang lepas menunjukkan
masyarakt Melayu masih ketinggalan dari segi memiliki kekayaan…-more on
bharian 14 Disember 2011-
No comments:
Post a Comment